Bismillah...
Apalah guna kau beharta mewah segala tapi ibu bapa yang penuh jasa kau lupakan.
Apalah guna keringat yang diperah semata-mata ingin menampung memberi kau pendidikan
tapi kini kau biarkan.
Ta ternilai penat badan memberi kau susu ketika bayi, kenapa kini kau hilangkan diri.
Tangan yang menghayun buaian, sediakan keselesaan dalam mimpi mu kenapa kini kau gagal membantu.
Sebesar mana pangkat dan darjat ta dapat melawan besarnya budi ayah dan ibu.
Cukup mereka menipu dengan senyuman palsu menahan lapar semata-mata untuk kekenyangan anak.
Pejamkan mata membayar keperluan kau tapi kini setiap nilai kau kirakan.
Bersengkang mata menjaga tidurmu yang lena tapi kini kau menderhaka
Kenapa kau tidak dicampakkan pada jalan seperti mereka yang memerlukan ayah dan ibu? Mereka yang kehilangkan mereka? Mereka yang perlukan kasih dan sayang itu lebih dari kamu.
Siapa kau untuk menghukum kesilapan ayah dan ibu sedangkan kini kau sedang mengumpul dosa tidak taat akan ayah dan ibumu.
Tinggi sangat kah ego kau yang tidak dapat dicapai untuk kembali menghargai ayah dan ibu?
Tidaklah ringgit yang di minta, tapi bayarlah kerinduan hati ayah dan ibu dengan kasih yang sama.
Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)
Jalan kebahagiaan kita yang pilih cuma laluannya telah ditentukan.
Jalan derita juga pilihan kita jika kita lupakan Allah semasa melaluinya.
Dan setiap perjalanan itu adalah ujian dari Yang Maha Esa.