Bismillah..
Surah Yasin sangat istimewa.
Tau ta kenapa?
Yassin digelar Ibu dan Jantung Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda ;
"Tiap-tiap sesuatu ada jantungnya. Jantung al-Quran adalah Yasin. Sesiapa
yang membaca Yasin, Allah tuliskan bacaannya dengan sepuluh kali membeca
al-Quran" (HR; Tirmizi r.a)
Wah..untungkan siapa yang suka
mengamalkan surah ni.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu
Apabila orang
lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada
pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum
berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan
boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan
dibebaskan.
Jika musafir
membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh
sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada
orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga
membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa
membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila
datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta
dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan
dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit ketika nyawanya diambil.