Bismillah...
"Bertudung tidak cukup menutup aurat, menutup aurat bukan sekadar pada tudung"
Ya Rabb, ampunkanlah dosa aku yang selalu meremehkan perintah-Mu.
Berikanlah aku hidayah dan menjauhi perkara yang Kau mungkari.
Amin.
Syaitan itu musuh utama manusia.
Mereka sentiasa mencari cara dan peluang untuk menyesatkan manusia.
Mula- mulanya dengan menghilangkan definisi hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa apa - apa pun pakaian termasuk hijab (penutup,tudung) itu tidak ada kaitannya dengan agama, hanya sekadar pakaian atau hiasan bagi kaum wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian, dengna apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Apabila seseorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya???
1. Membuka Bahagian Tangan, Telapak Tangan
Mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta ( siku hingga tapak tangan). "Ah,takpe..kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang? Begitulah serba sedikit bisikan syaitan. Dan benar, si wanita itu akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa sahaja. Maka syaitan pon berbisik, "Tu..xda pape kan?ok je lelaki tengok..''
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara yang baru lagi. "Sekarang buka tangan pon dah biasakan?Maka perlu la ada peningkatan cara berpakaian.Bukan per,, agar nampak lebih cantik dan menawan..So, bukalah bahagian atas dada plak.lagi pon kan panas tutup - tutup ni.." Maka dipakailah fesyen yang terbaru yang dibuka bahagian leher dan dadanya daripada yang fesyen lingkaran hingga ke fesyen berbentuk 'V' yang tentu menjadikan lebih terlihat bahagian sensitif di dadanya. Jika memakai tudung pula, gemar untuk mendedahkan dadanya dan bukannya menutup dada dengan tudung yang dipakai tersebut.
3. Berpakaian Tetapi Telanjang
Syaitan lalu berbisik lagi, "Pakaian ko ni hanya ok- ok je la..Tak cun la. Cari la fasyen yang lebih menarik lagi.." Si wanita berfikir."Banyak fesyen daripada kain yang agak nipis dan bentuknya agak ketat.." Maka syaitan pon mendapat idea baru. "Ha!! pilih la yg camtu.kan lawa.baru sedap mata memandang. Alah, yang nipis dan jarang tu kan leh pkai baju di dalamnya.." Maka tergodalah si wanita lalu dicarinya pakaian yang ketat bahkan kainnya nipis dan jika dilihat, WOW! transparent! Maka jadilah wanita yang disebut Nabi sebagai sebagai wanita Kasiyat ' Ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
4. Agak Buka Sedikit
Setelah para wanita Muslimah memakai pakaian yang ketat, jrang dan nipis itu, maka datang lagi syaitan sebagaimana sebelumnye, menawarkan idea - idea baru seperti 'vouge', anggun, 'sexy'. Lalu syaitan membisikkan, " Pakai camni susah la nk jalan. Pakai la yang singkat sket..Nk jalan susah, nk duduk susah.. Apa kata, pakai la yang terbelah di tepi, atau terbelah dari bawah hingga lutun dan jika nk selesa lagi, pakai la yang terbelah sampai ke paha. baru la sexy, cun, vouge! Dengan itu, ko akan kelihatan lebih lincah, bertenaga bila berjalan." Maka si wanita itu pun...termakan dengan dengan bisikan - bisikan tersebut..
Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini, pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan badan sahaja yang dibuat berbeza dengan hijab syarie yang sebenarnya. Sehingga selanjutnya, "Terserahlah pada kamu wahai wanita, sama ada bertelanjang di hadapan lelaki lain atau di hadapan umum. Aku berlepas diri kalau kelak nanti kalian sama - sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan semua itu, maka kamu tanggunglah sendiri dosa akibat daripada perbuatan kamu itu.''
> SYAITAN TAK INGIN AMBIL RISIKO

Dipetik dan diubahsuai dari : I LUV ISLAM
P/s : Ingatlah wahai kaum Hawa. Menutup aurat bukan sekadar menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan tetapi pakaian itu tidaklah jarang, nipis, ketat atau dalam erti kata lain boleh menampakkan bentuk dan susuk tubuh.

Sama-sama saling mengingati antara kita. Insyallah.