Bismillah....

Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi,
Hijab itu penjaga,
Manjadi Mahkota serikandi.
Rasullulah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu.” Riwayat At-Tabrani”

ANTARA seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya.
Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak dikepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.
Perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.
Perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
Dua perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ular dank ala jengking. Mereka adalah perempuan yang mampu solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka juga sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas,
Perempuan yang makan daging tubuh badannya sendiri sedangkan dibawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukkan orang lain
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang lain melihat perhiasannya.
Perempuan kepalanya seperti kepala babi dan badanya seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Perempuan yang wajah berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk kedalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Sebagai iktibar untuk kita yang masih hidup dibumi. Pada yang lelaki juga bukan tiada seksaan seperti ini,mungkin lebih berat lagi. Apa yang pasti kehidupan kita sekarang walau kita adalah BERHARTA, MENAWAN, HEBAT, BERPANGKAT, BERKUASA, DITAKUTI, DISEGANI dan apa pOn yang dibanggakan adalah sementara dan tidak bermakna jika kita lupa perintah dan LARANGANNYA. Hargailah nyawa yang mungkin tiada lagi esok selamanya.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Mengasihi, Maha Pengampun.
Ampunkanlah dosa aku. Jauhkanlah aku dari azab api neraka-Mu Ya Tuhanku.
Amin.