
Tau ta drama ni? haaa.
Nak cerita sikit. Aku ni ta suka sangat baca novel. Tapi drama Adam & Hawa yang di adaptasikan dari sebuah novel hasil karya Aisya Sofea ni memang terbaik lah. Kepada yang tengok drama ni tapi ta baca novel memang la akan pikir macam, kutuk bukan main lagi. tapi cuba baca novel ni sampai habis dulu. Ini cerita adaptasi novel yang dah sedia ada. So setiap cerita ada permulaan ada penyudahnya jugak. Bagi aku cerita ni best lah. Kelakar, sedih, sweet gitu.. Disebabkan drama ni setiap isnin-khamis aje pastu setengah jam je pulak tu alahai, terpaksa aku baca novel la untuk tau kisah seterusnya. Dalam masa sehari aje aku habis baca. Giler! Padahal ta suka pon baca novel.. Huhuhu :)
Ada 80 episod, tapi 1 minggu cuma 2 jam aje masa menonton. Haih, mana boleh jadi. sO nak ta nak baca lah novel lagi...haha.
Terasa nak komen sikit pasal pelakOn dia.
HERO & HEROIN

Ya Aaron Aziz memang pandai bawak apa jua watak. Itu aku akui.
So malas nak komen sangat, I'm not his fan. Hehe. Sory to say laaa..
Nak cakap pasal heroin drama ni la. Ramai yang ta berpuashati dengan pemilihan pelakon heroin bagi drama ni. Ada yang kata kenapa ta pilih Lisa Surihani ke, Maya Karin ke, Tiz Zaqyah ke kan.. Manusia ni suka menilai pada pandangan pertama. Mula² tengok drama ni lagi aku rasa hroin dia memang sesuai sangat.. Nadiya Nisa bawak watak Ain Hawani memang menjadi. Sory to say la. banyak pelakon yang korang minat tu sebba cantik dan glamor lebih aje tapi berlakon semua ta feel, ta menjiwai watak pon. Semua nak control. Ta nature. Dalam drama ni nampak sangat "Ain Hawani" nature. Lagipun ikot novel la, Heroin dia bukan up-to-date and berstyle sangat. Heroin dia memang sederhana ajer. Yang kutuk orang lain tu macam korang pandai sesangat berlakon kan.
By the way. Honestly dari hati aku ni Watak Johan memang ta sesuai di lakonkan oleh pelakon dia tu. ape ntah nama nyer malas nak cari.
So pada yang ta suka jangan banyak sangat nak mengutuk. Ta suka sangat jangan tengok. banyak lagi cerita kat TV tu. Eh pada yang suka layan komedian haaaaa jangan lupa Betul ke BOhong kat Astro Warna. Sama masa dengan drama Adam & Hawa jugak. Syukur aku boleh tengok dua² sebab abang aku record guna beyond. hihihi.
Pada sesiapa yang belum pernah tengok drama ni atau terlepas episod pon leh tengok jugak click aje link bawah tu ok. tapi update lambat sikit lah. nak tengok terus kat Astro Mustika HD (chanel 134) okay.