Bismillah...
Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atasRakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar.
Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.Bantuan BR1m 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun 2013 itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.Isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk borang BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan mellaui borang BR1M 2.0 dan akan diteliti semulaPemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,Golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan.

Perdaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (Isi Rumah) dan bantuan tunai RM250 (Individu Bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) dibawah
Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebutManakala bagi panduan mengisi borang mengunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan
Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun borang permohonan klik pada tajuk pautan dibawah
Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM
So, apa lagi? Rezeki ni.