Bismillahirahmannirahim...
Sebenarnya aku tengah busy packing-packing nak balik umah neh bercuti lah....Entah kenapa terbelek blog yang dah bersawangan neh. lama ta update blog neh. Hurm....ramai gak orang jenguk blog neh dar pelusuk negeri and negara (hehehehe...padahal ada la 2-3 orang jer.. ngeh3)
Stalker jugak ta kurang hebatnya, tergamak sibukkan diri mencari cerita kehidupan orang lain. Seronok ke?? Bosan ! Sedih !!
Well, for this year, tahun yang sangat mencabar, banyak dugaan, banyak kenangan, banyak peristiwa dan banyak perkara yang terjadi btw yang baik jadikan pengalaman, yang ta baik aku keep as pengajaran. Baru sampai bulan september aku rasa separuh nafas dah.
Bad thing ever - macam pengalamn aku kena langgar bas kilang bengap tahap kuasa 10 dan sememangnya bangang abadi. Banyak-banyak bad thing yang jadi aku pilih nak cita benda ni laaa...
Pagi-pagi bangun awal gila mak membebel dah suruh bangun sebab janji nak bawak mak pergi pasa kemboja...ye la mak....layan kan jerrr... dengan ta breakfastnyer aku redah jer bawak mak and kak ipar aku... Bajet nak sampai awal boleh brekfast kat sana, Keluar rumah around 7.30 so target sampai dari sungai ara ke nibong tebal lebih kurang 45minit je ikot Jambatan KeDua.
Dalam kereta borak-borak masalah dunia dan memang malang ta berbau lah kan.... So masa tu simpang empat depan shell, kereta ta banyak pon jalan memang lengang jer... Dari jauh aku tengok traffic light kuning then merah aku pon berenti lah. Tetiba mak aku menjerit "Kenapa neh kenapa neh !!!!" Kereta bunyi macam kena seret macam pantas gila waktu tu. Aku ta tarik handbreak lagi so aku ingat aku tertekan minyak ke hape ke aku cepat-cepat break and pusing stereng sebab sipi-sipi je tiang traffic light nak berdentum ngan pintu belah mak aku. Aku keluar kereta memang ta perasan Bas kilang langgar, aku tengok belakang kereta remuk.
Ya Allah! Mak aku !
Aku g tengok mak aku, Alhamdulillah ta cedera apa, Tapi mak aku asik menjerit "Una !! Una !!" tengok-tengok kat belakang kak ipar tengah terkulai, pengsan... Demi Allah masa tu aku ingat dia dah ta de, panik gila. RAKYAT MALAYSIA. Aku neh menjerit-jerit la minta tolong, boleh korang tengok aje santai-santai sambil tongkat dagu lagi uncle tu. pergh menyirap jer rasa. Siap ada yang rakam lagi amik gambar bagai. Korang ingat neh FREE SHOW ke??? Bodoh tak bertempat. Aku jugak lah yang gigih tarik kak ipar aku (Berat kot!!) kaki dia da tersepit, Tawakal jer, Alhamdulillah sorang-sorang ORANG KAMPUNG yang lalu lalang tu, dorang la yang tolong cool kan aku and tolong keluarkan kak ipar. Semuanya selamat dan aku pon puas menyerang pemandu bas tu yang boleh kat balai dia kata memang perasan lampu merah and nampak aku berenti tapi dia ingat aku nak jalan sebab ta de kereta masa tu. Ko ada leseen kot ! Undang-undang mana ko belajar ! DAN setinggi-tinggi tahniah kepada polis yang ajar aku, kalau nampak lampu isyarat nak merah tu, kena tengok side mirror belakang ada kenderaan laju ke ta, kalau ada kenderaan laju better jalan katanya, sebab nyawa kalau dilanggar, kalau langgar lampu isyarat tak pe kata polis tu lagi sebabnya saman RM300 jer nak banding dengan nyawa. Ye-ye... tahniah TUAN POLIS. Dan untuk patahkan kebodohan nasihat itu aku cuma mencelah "ye, elak enderaan dari belakang laju, ye langgar lampu isyarat 300 je kalau nak banding nyawa, habis kalau nak jalan terus kereta lain buh (langgar)
kot tepi camne? bahagia rasa.." Bapak aku dan en tunang pon menyirap jer dengar polis ni berkata-kata. tapi ta pe lah. think positif, maybe niat dia tu nak kita selamatkan diri dari kemalangan tapi cuma ta pikir bahaya kot lain kan. Then masa kat hospital kak ipar aku ada gegaran kat otak sikit, patut lah aku rasa seram je lepak ngan dia sekarang ngeh3... Alhamdulillah mak pon ok jer cuma terkejut dan dengan sesedap rasa jari aku dijahit, baju muka penuh darah.
Tu belum cerita pasal insuran and syarikat JADAM (ke jaha**m) syarikat bas kilang yang ta mahu bertanggungjawab tu? Malas nak cerita, apa yang aku boleh kata kat sini, aku ta maafkan orang yang ta bertanggungjawab sampai akhirat !! Tengok keadaan kereta and kerusi driver tu agak-agak ta menangis pulak aku berminggu-minggu nak gerak?
tapi dalam marah pon aku bersyukur sebab tuhan masih bagi aku peluang untuk bernafas, banyak dosa aku neh, mungkin tuhan nak uji aku dan bagi aku sedar yang nyawa kita neh. Dia boleh tarik bila-bila jer. Jadi sementara masih ada peluang neh, banyakkan amal ibadah. Inasha Allah.
Oklah aku nak sambung packing barang. Ada masa nanti boleh lah sambung the best thing ever yang berlaku tahun ni. Ok. Daaa!! Muax :)

